SAHABAT SETIA

TINTA DARI ILAHI

Tuesday, August 9, 2016

Bingkisan Hikmah: Tudung Wanita Itu Empat

Petikan kata dari buku 'Beduk Diketuk', Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Tudung wanita itu ada empat.

Apa dia?

Tudung pada wajah
Jangan sampai wajahnya mengundang fitnah.
Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

Tudung pada mata
Matanya tidak memandang lelaki lain selain mahramnya.
Solehah yang hakiki, tidak dipandang dan tidak memandang.
Tudung pada suara
Tidak dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempesona.
Tudung pada hati; mengingati Allah dengan tasbih Fatimah : SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahhuakbar.."

Tapi ingatan untuk diri.
Muslimat, ada beza antara sombong dan menjadi terhormat.
Tertutup jangan jumud. Terbukalah, namun jangan sampai terbiar hanyut.

Islam itu, indah.
---
Banyak tokoh-tokoh wanita muslimah yang dapat dijadikan contoh betapa perlunya peranan kita muslimat, di medan amal Islami ini.

Malala Yousufzai. Satu contoh tokoh wanita kontemporari yang berani ke depan, berlantang suara dalam menegakkan keutamaan pendidikan dalam kalangan wanita.

Hanan Al-Hroub. Tokoh pendidik wanita Palestin yang berjaya membangunkan kanak-kanak Palestin di sana. Sentuhan wanita nyata penting dan mampu menggoncangkan dunia.

Jika bukan dari kita sendiri, siapa lagi?

.

.

Jadilah kita, wanita yang berprinsip.
biarlah keterbukaan kita itu, yang berprinsip 
yang tidak lari dari syariat
walaupun hanya sekecil perkara
walaupun hanya dianggap remeh
berprinsiplah.


Muhasabah untuk diri.
Moga Allah jaga. 

No comments:

Post a Comment