e-padankata

Crossword

Complete the crossword, then click on "Check" to check your answer. If you are stuck, you can click on "Hint" to get a free letter. Click on a number in the grid to see the clue or clues for that number.
1     2          
           
           
  3           
           
4             
           
5         6      
7             
           
      8       
     9        
    10         
           
           
           
           
           

SAHABAT SETIA

TINTA DARI ILAHI

Tuesday, January 21, 2014

Mana Satu Pilihan Hati?


Saya bertanya kepada ibu, "ibu, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"
Ibu jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Ibu mengukir senyuman.
"Pilihan hati ibu adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Ibu diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya ibu seperti dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari ibu sedangkan sekilas saya pun, ibu mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." ibu merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." ibu menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Ibu menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Ibu menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika ibu dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Ibu menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" ibu berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Ibu buat-buat tidak nampak.
"Ibu dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu ibu dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Ibu nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu Ibu. Akhirnya Ibu bagi kata putus, ibu hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami ibu. Dan dia memang bukan jodoh ibu, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," ibu merenung jauh.  Saya merapatkan badan kepada ibu, semakin berminat dengan kisah lama ibu..
"Ibu memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah ibu.
Ibu ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, ibu tak pernah bagi peluang pada diri ibu untuk mengisytiharkan perasaan tu. Ibu takut pada Allah. Ibu bukan seperti rakan sebaya ibu yang lain. Ibu, seperti kakak.." ibu memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Dulu bila di sekolah, ibu pelajar pertama yang bertudung.  ibu membawa imej agama.  Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil ibu dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan ibu sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." ibu melemparkan pandangan ke lantai.
"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung ibu.
Ada getar di hujung suara ibu. Kisah silam perjuangan ibu di sekolah dahulu sikit-sikit ibu ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti ibu, ibu menjadi tempat rujukan kawan-kawan ibu. Jadi, bila ibu nak ambil sesuatu tindakan, ibu kena fikir betul-betul sama ada tindakan ibu tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Ibu ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau ibu membalas cinta si lelaki tadi, bermakna ibu sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." ibu menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud ibu.
"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah ibu.
Ibu meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia.  Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam,  kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," ibu berhenti seketika.
Tentu kering tekak ibu menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Jadi di sini ibu nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah,  kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk ibu ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."
"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."
"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, pun tak jadi masalah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia,ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Ibu menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan ibu sangat-sangat kuat. "Ibu dah didik anak ibu dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang ibu serahkan anak ibu yang ibu sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," ibu mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

#telah diedit dan di copypaste dari blog seorang sahabat.

Semoga hati kita sentiasa dipandu olehNya.

Monday, January 20, 2014

Children Of Heaven : Filem Wajib Tonton

Bismillah wal hamdulillah.

Chidren Of Heaven. Merupakan sebuah filem dari Iran. Telah diterbitkan pada 1997 oleh Majid Majidi.



Filem yang pasti, membuatkan anda terkesan dengannya.

      Mengisahkan tentang dua beradik, iaitu Ali Mandegar dan Fatimah dalam menghadapi rintangan untuk ke sekolah dengan hanya berkongsi sepasang kasut milik Ali, tanpa pengetahuan ibu dan ayah mereka. Kisah mereka bermula apabila Ali, telah mendapati bahawa kasut milik adiknya hilang sewaktu dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

                                        

               Sewaktu di pasar, Ali telah singgah ke sebuah kedai sayur dan meletakkan barangan lain di luar kedai tersebut . Malangnya, apabila seorang tua melintasi kedai tersebut, dia telah membersihkan sampah-sampah dan tanpa sengaja, turut sama mengambil kasut milik Fatimah yang baru dibaiki.

Dan sejak itu, ujian mereka bermula.



Setiap hari, Fatimah akan ke sekolah dengan kasut milik abangnya, dan kemudiannya akan pulang dari sekolah, berlari-lari anak, untuk segera memulangkan kepada Ali, untuk ke sekolah pada petang harinya.

Dan begitulah hari seterusnya. Dan seterusnya. Setiap hari.

           Sehinggalah...

Ali telah berjaya menemukan penyelesaian. Ya, dia ingin menghadiahkan Fatimah sepasang kasut baru!

Itu niat Ali. Dan dia nekad.

Tapi... bagaimana caranya?

Ingin tahu kisah mereka dengan lebih lanjut?

Jemput tonton di sini : Children Of Heaven Full Movie


Mari hayati kisah pengorbanan mereka :)

Sebuah filem yang benar-benar meruntun jiwa, dan mengajar kita betapa bernilainya..

 Erti KASIH SAYANG dalam memaknakan kehidupan.





Wednesday, January 15, 2014

Mutiara Hikmah Yang Tersembunyi

 Bismillah walhamdulillah.

Sekadar perkongsian hari ini. Semoga kita sama -sama peroleh manfaat.

Ini buku Matahari. Kumpulan Cerpen Tarbawi karya Hilal Asyraf. Sudahkah kalian membacanya?




Antara banyak-banyak cerpen, saya suka pada Sang Penyeru. Dan kebetulan dua tahun lepas, saudara Hilal telah mengadakan Pertandingan Testimoni Terbaik untuk buku-buku beliau. Dan Alhamdulillah, saya berpeluang menyertainya.

Pertandingannya mudah. Cuma tuliskan sahaja testimoni berkenaan salah satu cerpen yang diminati, serta berikan tiga pengajaran daripadanya.

Maka saya telah memilih cerpen 'Sang Penyeru' sebagai pilihan.

Cerpen Sang Penyeru merupakan sebuah cerpen dimana para da'ie pasti akan tersentap apabila membacanya, dan cerpen ini adalah antara cerpen yang paling saya minati.

Pengajaran pertama, dapat dilihat bagaimana seorang tua yang begitu gigih tanpa jemu, terus menyebarkan sinar Islam dari terus sirna ditelan zaman.
Begitulah kita, sebagai da'ie seharusnya berusaha GIGIH dan tiada putus asa dalam menyebarkan dakwah, kerana justeru kita sebenarnya tidaklah sehebat atuk (dalam cerpen) apatah lagi Rasulullah S.A.W.,kerana "sesungguhnya Islam bermula dalam keadaan terasing, maka ia akan kembali asing seperti sebelumnya, maka berbahagialah bagi orang yang terasing." -HR Muslim

Kedua, sememangnya jalan dakwah cukup sukar, sebagaimana kopi yang tidak akan lengkap rasanya tanpa gula, begitulah senario kehidupan seorang da'ie yang tidak akan lengkap tanpa mehnah dan cabaran, justeru MUJAHADAH itu penting dalam menjadi seorang da'ie,kerana tidak tergolong dalam kalangan orang beriman selagi belum diuji.

Ketiga, justeru dakwah ini ibarat kita menembak secara rambang, memang tidak akan kena semuanya namun pasti, ada yang akan terkesan dengannya. Tugas kita sebagai da'ie adalah menyeru, dan ALLAH JUALAH YANG MEMBERI NATIJAHNYA,Insyaallah.

Semoga Allah redha dengan usaha kita.
Bukan untuk kemuliaan dan sanjungan manusia
tetapi kemuliaan Allah di Akhirat nanti.
InsyaAllah kita bersama,dan Allah akan bersama kita..



Maklumat lanjut berkenaan pertandingan tersebut, klik sini ;

                                          Pertandingan Testimoni Terbaik Hilal Asyraf

Alhamdulillah 'ala kulli haal. Saya kemudiannya telah terpilih untuk menjadi pemenang testimoni tersebut.

Ringkas untuk dijadikan cerita, saudara Hilal meminta saya untuk PM nama, alamat, no. telefon serta alamat emel bagi proses penghantaran pada 20 Disember 2012, dua tahun lalu. Itu yang dijanjikan. Hadiahnya adalah berupa buku karangan Hilal Asyraf yang bertajuk "Simfoni Cinta".

Dan saya amat gembira dengan penghargaan ini.

Namun takdir Allah, penghantaran masih belum sampai seperti yang dijanjikan. Sehinggalah pada 14 Disember lalu, saya telah berpeluang untuk berjumpa dengan beliau di Kolej Serumpun, Dewan Putra 2 di UPM untuk mengikuti ceramah beliau.

Dan waktu itu, saya dapat menuntut hadiah itu kembali :)
Alhamdulillah.

Kesimpulannya dalam cerita saya di atas, sebenarnya kadang-kadang, bukan semua yang kita mahu dalam hidup, kita boleh dapat dengan sekelip mata.

Semuanya memerlukan proses, dan pastinya masa yang panjang untuk mendapatkan sesuatu.

Tinggal sahaja kita, sama ada ingin BERUSAHA untuk mendapatkannya, atau tidak.

Contoh mudah, adalah apa yang telah berlaku pada diri saya sendiri.

Kebetulan waktu itu, saya memang ada di rumah bapa saudara saya di Bangi. Jadi bila saya dapat tahu bahawa beliau akan datang ke UPM, saya kemudiannya terus mengajak bapa saudara saya untuk pergi ke sana.

Alhamdulillah, usaha saya tak sia-sia. Dan, saya telah berjaya mendapatkannya :)


    [ Asalnya saya diberi pilihan antara dua buku ini, dan saya memilih Simfoni Cinta :) ]

MORAL OF THE STORY: Setiap perkara yang berlaku itu, pasti ada hikmah di sebaliknya :')


p/s: Bagi yang masih belum membelinya, dapatkannya di stokis buku yang terpilih berdekatan rumah anda !
   
Rugi jika tak dapat membacanya. Banyak mutiara hikmah yang kita boleh raih dari hasil nukilan beliau ;)

SEMOGA ALLAH REDHA.

2014 - Satu Permulaan Baru

Bismillah walhamdulillah.

          Alhamdulillah. Pembuka kata untuk tahun 2014 yang penuh makna. Sudah lama rasanya saya meninggalkan laman web blogger ni. Nampaknya saya telah membiarkan ianya bersawang. Tidak meletakkan apa-apa update. Hanya sedikit sahaja usaha saya kira.

Sedar tak sedar, sudah lima tahun rupanya usia blog saya. Namun yang terkilannya, saya tidak dapat menghidupkan blog ini dengan baik.

            Mulanya, asal saya membina blog ini adalah sewaktu saya berada di tingkatan satu. Sekadar suka-suka untuk mengikut kawan-kawan. Kebetulan waktu itu, ramai kawan sekolah yang mencipta blogger. Jadi, saya tidak mahu ketinggalan untuk mencuba.

            Mungkin ketika itu saya masih terlalu mentah untuk memahami akan peri pentingnya mata pena dalam menyebarkan dakwah. Tapi kini, ya, saat ini, saya telah dapat merasakan seolah-olah ada sesuatu perkara yang saya perlu usahakan.

Iaitu menghidupkan blog ini. Dengan hasil penulisan saya sendiri.

Sebagaimana sabda baginda Rasulullah S.A.W :

                   " Sampaikanlah daripadaku, walau sepotong ayat. "

Dan sekarang saya ingin melaksanakannya. Bukan sekadar suka-suka, namun atas kesedaran bahawa saya juga tergolong sebagai seorang DA'IE, yang mengajak kepada Allah S.W.T.

Itu rupanya yang saya abaikan selama ini.

Dan kini, saya tidak mahu untuk mengulanginya lagi.

Semoga Allah memberi saya kekuatan, untuk terus memaksimumkan potensi diri dalam kehidupan.

Bermanfaat untuk Islam, insyaAllah.

KUNTUM KHAIRA UMMAH ! (KAMU ADALAH UMAT TERBAIK!)

Bersama kita bergerak.

     

 Nota Kaki :

       DA'IE - Penyeru yang mengajak orang lain kepada Allah S.W.T