SAHABAT SETIA

TINTA DARI ILAHI

Thursday, September 22, 2016

"Cuma kau je yang belum buktikan diri kau. Jangan berhenti berlari, dik."

Dan dia diam.

"Tapi..sampai bila?"

"Selagi belum bertemu destinasi akhir kita-SYURGA. Selagi itu, kita punya masa."




-------------------

PERSISIRAN PANTAI, BAGAN LALANG
Angin bertiup. Sepoi terasa. Azma terpaku melihat keindahan alam. Begitu indah sekali pemandangan pagi ini. Burung terbang bebas dan berkicau untuk memulakan hari. Dan sang mentari, kelihatan seperti malu-malu pula untuk keluar bersemuka dengan si langit.

Kagum.

Subhanallah.

Dalam hati, kata-kata umi semalam masih  terngiang-ngiang di kotak fikirannya.

"Adik, kuat ya. Allah ada. Sebab itu, jangan putus asa."

Dan dia menangis.

"Tapi umi, adik bukan macam orang lain. Adik cacat umi, adik takut..nak hadapi semua ni."

Umi mendekat, mendakap erat tubuh anak bongsunya itu. Hanya diam membantu. Sengaja membiarkan anaknya itu menangis semahu-mahunya di pelukannya. Sebelum akhirnya bersuara, "macam mana adik tahu yang adik tak boleh buat kalau adik belum pun hadapi semua tu?"

Azma terpaku. Air matanya tetap mengalir deras, di pelupuk mata. Diseka, kemudian terjeda. Semula.

----------------------

-bersambung