SAHABAT SETIA

TINTA DARI ILAHI

Monday, August 8, 2016

Pengemis Cinta

Coretan Hikmah: Pengemis Cinta

Hamba ini seperti pengemis...
Terlalu lemah,
Mengharap kekuatan dan kudrat dariNya
Untuk harungi dan depani cabaran di luar sana
Di sebalik jalal dan juga jamalNya..

Hamba ini seperti pengemis...
Mudah goyah,
Tatkala diuji dan diberi pilihan..
Mudah sekali untuk tak tetap pendirian
Seakan lupa akan firmanNya Tuhan
Hadapilah..segala ujian dan dugaan
Dengan sabar, solat
dan istiqamah dalam perjuangan..


Ya..
Hamba in seperti pengemis..
yang begitu hina
merintih hiba
di hadapan Sang Pemilik Cinta

Tapi perasaan seorang pengemis ini,
bahagia.
Kerna dengan Dia
Hanya Dia
yang mampu mengubat segalanya.

Dan semoga,
aku kekal menjadi pengemis.
Terus mengemis...
sehingga berjaya meraih syurga.







No comments:

Post a Comment