e-padankata

Crossword

Complete the crossword, then click on "Check" to check your answer. If you are stuck, you can click on "Hint" to get a free letter. Click on a number in the grid to see the clue or clues for that number.
1     2          
           
           
  3           
           
4             
           
5         6      
7             
           
      8       
     9        
    10         
           
           
           
           
           

SAHABAT SETIA

TINTA DARI ILAHI

Thursday, February 27, 2014

Rintihan Kalbu

Ya Allah
kuatkan aku,
untuk bernafas sebagai hambaMu.

Ya Allah,
bantulah aku,
untuk merasai damai dalam jiwaku,
tatkala aku,
berzikir mengingatiMu.

Ya Allah,
di saat aku,
merasa hiba, alpa dan leka,

Aku tahu,
hanya engkau yang mampu mengubatiku.

Di saat aku merasa khuatir dengan takdirMu,
entah mengapa,
perasaan itu akan menghilang,
tatkala aku tersungkur sujud di hadapanMu.
sewaktu ku menangis menahan sendu.
merintih hiba di hadapan Rabbku..

Aku seolah,
dapat merasakan ketenangan,
yang semilir, mendamaikan kalbuku.

Di kala jiwaku meronta,
namun hatiku tetap merasa bahagia.

Bila Kau, hadir di jiwa.

Ya Rabb,
Perasaan ini,
kedamaian ini,
janganlah Engkau tega,
untuk membiarkan diriku,
tanpa peganganMu.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi..
Mogaku terus tabah mengharungi segala mehnah yang Engkau beri.

Pengemis cinta Ilahi.

bintufadz
Shah Alam
270214



Saturday, February 1, 2014

Palestin : Kisah Seorang Muhammad


Palestin. Masih ingatkah kalian pada jiwa-jiwa dan tangisan mereka?

Mereka yang tak pernah kenal erti lelah dalam perjuangan. Juga tak pernah lekang menuturkan kalimah tauhid 'Lailahaillallah Muhammadun Rasulullah' dalam diri mereka.

Merekalah pejuang Islam yang, begitu kental hatinya dalam meniti perjuangan dalam kehidupan.

Adakah kita mengenali mereka?


Kisah Seorang Muhammad
Kisah benar  yang berlaku di Gaza, Palestin. Seorang anak muda berjiwa besar, bernama Muhammad, yang hidup berteraskan tauhid dalam dirinya.

DUMM! GRRRR.. Bunyi kerikil-kerikil tajam di Gaza cukup membuatkan hati menjadi tak keruan untuk berada di dalamnya.

Tapi tidak bagi anak muda itu. Dia tetap dengan senjatanya. Dia tetap dengan dirinya.
Dan dia rela, untuk mengorbankan seluruh jiwa raganya untuk menentang zionis laknatullah..

Sehinggakan..

BOMM!!
Untuk seketika, Muhammad terjeda. Pedih. Kakinya terasa kebas dan hangat. Darah pekat kian mengalir dari pehanya. Muhammad cuba untuk menahan luka yang dihadapinya. Tapi..aneh. Dia hanya dapat merasai tanah batu keras bersama lendiran yang licin dan menggelikan. Muhamad mengerling sekilas..

Allahu rabbi.
Rupa-rupanya..kakinya telah hancur berkecai akibat dibom. Muhammad telah kehilangan kedua-dua belah kakinya. Dia kudung. Namun...

'Alhamdulillah'. Hanya kalimat itu yang keluar dari bibirnya. Tanpa gentar. Tanpa soal. Dia yakin, bahawa inilah ujian kecil dari Allah untukNya. Dan dia redha.

Bunyi dentuman semakin kuat. Begitu ramai orang di sekelilingnya yang rebah bergelimpangan. Termasuk ibu dan adiknya. Dengan mata kepalanya sendiri, Muhammad telah menyaksikan keluarganya  pula hancur berkecai usus dan daging mereka. Jeritan hiba kedengaran. Sayu. Dia melihat dengan pandangan jernih. Sekali lagi, walau begitu sulit untuk menterjemahkannya, dia memilih untuk terus mengucapkan syukur.

'Alhamdulillah'.

Jihad Itu Mulia
"Wahai Muhammad! Mengapa engkau tergamak mengatakan Alhamdulillah, sedangkan keluargamu saat itu telah mati dek kerana kejamnya zionis laknatullah telah menghancurkan mereka? Tidakkah engkau marah dengan mereka? Demi Allah! Sungguhpun engkau tidak mengatakan kebencian kepada mereka sekalipun, aku tahu bahawa engkau membenci mereka. Tapi, bukankah tidak patut jika engkau mengucapkan Alhamdulillah untuk semua ini?"

Itulah pertanyaan seorang aktivis Malaysia, Pn Salima Habibi kepada Muhammad. Aneh! Terlalu aneh baginya. Bagaimana mungkin Muhammad bisa menuturkan kalimah syukur dengan apa yang telah berlaku kepada dirinya?

Muhammad tersenyum.

" Ya Ukhti! Sesungguhnya aku adalah orang yang beruntung kerana telah dipilih oleh Allah untuk menjadi pejuang. Dan aku amat bersyukur dengan hal ini. Adapun aku menzahirkan kesyukuranku kerana ibu dan adikku mati itu, memang selayaknya aku katakan. Mereka telah SYAHID. Dan janji Allah kepada mereka yang syahid adalah syurgaNya yang penuh nikmat. Maka apakah aku patut untuk tidak mensyukuri kurniaanNya kepada kerabatku ini?"

Gulp. Terdiam. Muhammad kemudian menyambung lagi,

"Tapi ya ukhti. Aku kini yang merasa bimbang. Aku khuatir, apakah aku juga akan tergolong bersama mereka? Alhamdulillah, sekarang, kakiku telah menjadi 'tiket' untukku ke sana kerana telah hancur bersama dalam berjuang. Maka, dari saat ini aku juga harus cuba untuk memanfaatkan segala anggota tubuhku yang lain untuk turut sama berada dalam syurgaNya. Dan tidak akan aku biarkan hidupku tanpa makna! Lillahi taala!"




Salahkah Cinta?

Soalan yang kerap kali menggangu fikiran anak muda...

"Salahkah saya bercinta?"

"Saya hanya sekadar meminatinya dalam diam. Keelokan peribadinya membuatkan saya jatuh hati kepadanya. Adakah ianya satu dosa?"

CINTA.

Amat klise jika ianya hanya dipandang dari suatu sudut sahaja.
Tapi itulah hakikatnya, yang sering membebani fikiran anak muda.
Dalam mendepani perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, persoalannya, bolehkah?

Bercakap mengenai cinta, itu adalah fitrah bagi manusia. Setiap orang pasti akan merasainya. Suatu perkara normal untuk hidup seorang hamba.

Namun awas! Jangan biarkan ianya menjadi fitnah.

Memang lumrah perempuan akan cenderung kepada lelaki dan begitulah sebaliknya.
Tapi..tunggu dulu!
Pertamanya, kita perlu checklist hati kita.

Adakah kita mencintai seseorang itu kerana Allah?
Jika jawapan kita adalah ya, lalu, apakah buktinya?
Direkodkan dari sebuah hadith daripada Anas bin Malik, bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda;
Tiga perkara jika terdapat dalam diri seseorang itu,maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman : "Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari yang selain keduanya, tidak mencintai seseorang itu melainkan kerana Allah, dan dia tidak suka kembali kepada kekafiran (setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu), sepertimana dia tidak suka dicampakkan ke dalam neraka."
[H.R Imam Muslim]
Manusia yang hidup dalam keimanan, akan meletakkan cinta Allah dan Rasul itu di tempat yang tertinggi. Untuk pemilik cinta setelah cintaNya, mereka akan lebih mengutamakan akal dalam setiap tindakan.

Jalan terbaik, fikirkan dahulu. 
Adakah kita betul-betul bersedia?
Membina baitul muslim, yang menjadi syariat sebagai landasannya?

Cuba tanya pada diri..
Mampukah kita? Layakkah kita? Sudah bersediakah kita?
Dan yang paling penting... sudah cukupkah ilmu di dada?
Jika sudah, teruskan melangkah dalam mengejar cinta itu.
Silakan, kerana anda telah hampir untuk melengkapkan separuh daripada agama. 
Nikah. Sunnah besar yang Rasulullah sangat menggalakkan untuk umatnya.
Akan tetapi, jika belum bersedia..
Ingat pesan 3P ini.
PAUSE. PRIORITI. PERGI.
Pause! Jika nyata masing-masing sebenarnya tidak bersedia. Dan masih belum mencapai tahapnya.
Tahap yang bagaimana?

Fardul muslim. Pembentukan asas peribadi muslim. Melalui 10 Muwasafat Tarbiyah.




Maka, secara ringkasnya..


10 sifat inilah yang perlu dijadikan asas dalam diri individu muslim. Sebelum melangkah ke tingkat seterusnya iaitu baitul muslim.

Nah,ianya bukan sesuatu yang mudah bukan?

Oleh itu, lihat kembali diri kita sekarang ini.
Adakah kita benar-benar bersedia?

Yakinlah Dengan JanjiNya
Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Sebagaimana firmanNya :
"Sesungguhnya laki-laki yang baik itu untuk perempuan-perempuan yang baik, dan perempuan -perempuan yang baik itu untuk laki-laki yang baik pula.." [Surah An Nur:26]

Maka letakkanlah sepenuh pergantungan kepadaNya.
Allah itu lebih mengetahui, apa yang terbaik untuk kita.
Jodoh, ajal dan rezeki kita, semuanya telah ditetapkanNya dengan sebaik-baiknya.
Maka apakah kita perlu merasa ragu? :)


"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya buruk bagimu, sesungguhnya Allah itu lebih Mengetahui, sedang kamu tidak ketahui"
Al-Baqarah, ayat 216.

Sesungguhnya perancangan Allah, adalah yang terbaik. ^_^