SAHABAT SETIA

TINTA DARI ILAHI

Saturday, April 2, 2016

Cerpen: Syurga

23 JANUARI 2013
ALOR SETAR, KEDAH

"Wirda, Nisa' berdosa Wir. Nisa'..tak kuat.."

Wardah mengusap sahabatnya itu. Lembut. Jauh di sudut hati, timbul rasa sebak melihat sahabatnya yang sedang berduka.
Benarlah.
Sakit peha kanan, peha kiri pasti turut merasainya.

Wardah hanya membisu. Setia mendengar luahan sahabatnya. Sebelum memulakan bicara,

" Nisa', awak percaya tak dengan ketentuan Allah? "
Lembut Wardah menuturkan.

"Mestilah saya percaya."

"Alhamdulillah. Jadi awak yakin, setiap sesuatu yang berlaku itu, tidak akan pernah ada yang sia-sia?"

Nisa' membatu. Terdiam. Berfikir.

"Ya, Wir. Nisa' yakin. Tapi, Nisa' tetap rasa berdosa. Nisa' tak mampu membahagiakan dia sebelum meninggal, bahkan selalu menyakitkan hatinya. Macam mana ni Wir? Apa yang perlu Nisa' buat sekarang? Nisa' tak sempat mohon maaf sebelum..sebelum.."

Serta-merta pipinya terasa hangat. Air mata Nisa' laju mengalir membasahi pipinya yang mungil.

" Nisa', sudahlah. perkara lepas, biarkan ia berlalu. Arwah pun dah selamat dikebumikan. Semoga ibu tenang di sana.."

Air mata Nisa' semakin laju mengalir.

" Ingat Nisa', kita masih ada kehidupan. Masih jauh perjalanan. Harus memandang ke depan, perbaiki kembali kesilapan lalu, bukan hanya menangisi pemergian ibu. Tak akan ada gunanya lagi Nisa', sudahlah tu" Wardah cuba menenteramkan hatinya.

'Ya Allah, kuatkan sahabatku ini Ya Ilah,' gumamnya dalam hati.

Nisa' merapati wajahnya ke bahu Wardah sebelum mereka berpelukan. Erat.
Wardah terus-menerus mengusap bahunya.

Dan gerimis hujan pada petang itu seolah turut sama menemani mereka dan menangisi pemergian ibu.

--------------------

15 JANUARI 2008

"Nisa', ibu nak mintak tolong sikit boleh..? Tolong.."

"Arggh!" Belum sempat ibunya berkata lanjut, Nisa' terlebih dahulu mendahului.

"Apa ni ibu. Nisa' banyak kerja lah. Tak ada masa untuk semua benda tu. Adik-adik kan ada, boleh mintak tolong diorang je okey?" Bahasanya kasar. Buku yang dipegangnya dihentak ke meja. Dalam hati, mendengus hebat.

'Ada-ada je lah ibu ni. Masa ni lah nak mintak tolongnya.'

Hati si ibu beristighfar. Diam.

"Tak apalah kalau macam tu." Datar suara ibu. Tapi sebelum keluar, sempat dia senyum dan pesan kepada si anak."Kejap lagi ibu selesai masak, ayam masak merah. Nisa' suka kan? Nanti turun sama makan ya."

"Hmm" Nisa' hanya menggumam. Sepatah.

Mak Idah kemudiannya berlalu pergi.

Dan si anak, hanya diam. Dan kembali menyambung kerjanya yang dari tadi hanya menonton filem baru Korea..

.

.


Di luar, Mak Idah tidak putus-putus beristighfar dan berdoa memuji Tuhan.

" Ya Allah, kau telah kurniakan aku seorang anak perempuan yang begitu cerdas, dan aku bersyukur kepadaMu. Namun kau jadikanlah dia juga cerdas dan begitu baik akhlaknya."

.


.

Doa si ibu.
Yang siapa sangka.
Panahan sakti kepada akan terkabulnya ia.

Pabila sampai, masanya.









TAMAT
-Sebuah nukilan, pendek.









Bingkisan Hikmah: Erti Bahagia

Bahagia itu
Bukan hanya sekadar mimpi
Tetapi hakikatnya, pasti
Semua manusia mengimpi

Bahagia itu
Tidak berlaku tanpa memberi
Kerna memang lumrah insani
Buat yang mengerti
Pasti akan terus usaha menalar makna diri

Bahagia itu
Bila Engkau mampu fahami ia
Percayalah
Tiada apa yang akan kau pinta
Selain ia
Walau seperti sederhana cuma

Kerna yang apa adanya itu
Akan tetap membahagiakan
Tanpa perlu pengertian
Bila hati hidup Bertuhan

Sungguh,
Bahagia itu
Adalah pabila
Hati tenang mengingatiNya.

.

.

Qalbun saleem (Hati yang sejahtera)

TanpaNya, kita tidak punya makna.

Semoga terus bersama menuju redhaNya.

.

.

030416
1:56 AM
Irbid, Jordan