e-padankata

Crossword

Complete the crossword, then click on "Check" to check your answer. If you are stuck, you can click on "Hint" to get a free letter. Click on a number in the grid to see the clue or clues for that number.
1     2          
           
           
  3           
           
4             
           
5         6      
7             
           
      8       
     9        
    10         
           
           
           
           
           

SAHABAT SETIA

TINTA DARI ILAHI

Sunday, January 27, 2013

HAKIKAT CINTA

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Hakikat kejadian manusia Allah ciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian, dan salah satu rahmat besar yang Allah kurniakan kepada manusia itu sendiri, adalah perasaan indah yang dinamakan cinta.

   Jika kita tidak mencintai diri kita umpamanya, bagaimana mungkin kita akan berusaha untuk menjaga dan melakukan yang terbaik buat diri kita. Jika kita tidak tahu bercinta, bagaimana mungkin kita bisa kasih dan sayang kepada ibu bapa kita, yang tanpa lelah menjaga kita dari kecil?

 Adakah kita pasti bahawa kita akan menyayangi mereka, jika kita tidak mengenal erti cinta?

CINTA ITU ADALAH PENGUAT
        Tanpa kita sedari, cintalah yang sebenarnya mengajar kita untuk terus hidup dalam mahabbah dan kasih sayangNya. Cintalah sebenarnya yang menyedarkan kita akan insan-insan sekeliling yang telah banyak memberi inspirasi kepada kita. Cintalah jua, yang mendidik jiwa kita dalam melayarkan rasa kasih dan sayang kepada Sang Pencipta kita. Semuanya memerlukan kepada cinta,namun bagaimana kita mencorakkannya?

CINTA TERLARANG 
         Sebahagian dari kita menganggap bahawa cinta ini satu yang kotor. Jika dikaitkan dengan cinta, sesetengahnya akan terus menghukum bahawa orang yang bercinta adalah orang yang jijik, walhal kita sebenarnya tidak menyedari bahawa dengan kuasa cintalah yang membuatkan kita terus hidup di muka bumi ini. Dengan cintalah hakikatnya kita lebih menyayangi dan menghargai diri sendiri, serta orang lain di sekeliling kita. Cinta itu fitrah, memang tidak akan dapat dinafikan jika ia hadir di jiwa, namun janganlah kita hanyut dlm kerinduan dan cinta yang membawa kepada maksiat dan dosa, kerana masyarakat sekarang lebih membawa kepada cinta fitnah, bukan cinta fitrah. Cinta terlarang yang akhirnya membawa kepada kemudharatan diri sendiri dan juga orang lain.

HAKIKAT CINTA YANG SEBENAR
         Justeru, marilah sama-sama kita menyemai cinta yang sebenar-benarnya, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul yang tiada tolok bandingnya. Tidak dilupa cinta sesama manusia, agar perhubungan menjadi lebih mesra.
           Namun semuanya mempunyai kesinambungan yang sama - demi menggapai redha Ilahi yang begitu tinggi nilainya.

 Ayuh, kita perbetul kembali cinta kita! 
Bercintalah dgn Pemilik Cinta nescaya kita tidak akan rugi!

 #Hidupkan cinta, kerana dalam jiwamu ada cinta!