e-padankata

Crossword

Complete the crossword, then click on "Check" to check your answer. If you are stuck, you can click on "Hint" to get a free letter. Click on a number in the grid to see the clue or clues for that number.
1     2          
           
           
  3           
           
4             
           
5         6      
7             
           
      8       
     9        
    10         
           
           
           
           
           

SAHABAT SETIA

TINTA DARI ILAHI

Thursday, October 13, 2011

Komik : Because He Is A Muslim













Ayuh Kita Sempurnakan Ibadat

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan
Oleh : Dato’ Ismail Kamus

Bismillah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..Mari kita sama2 renungkan sejauh mana sempurnanya amalan atau ibadat kita selama ini..tazkirah ini ana ambil dari email kiriman saudara ana utk renungan bersama..

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati
dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar
ceramah beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan
dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak
makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa
penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik
utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri tersebut..kerana
memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa
sunat tersebut?hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan
tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum
solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung
tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya.
Islam itu syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan
Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung
dengar?kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi
dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira
orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang
sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb?buat apa nak
kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh
sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi
sekampung dengar..rasa2 macam dapat
pahala, rupa2nya dapat bala?Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran
sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca
al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak
sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5
minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2?sempat la orang nk
bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please
advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah
disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam
sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah
dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul
ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk
niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg
tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham
sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri
sendiri.Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati,
tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan
susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah
berikut:

#Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya
ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun
semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan
menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika
anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda
meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda
melakukan takbir kali ketiga..Jadi kesimpulannya, make yourself firm &
confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn
peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa
dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan
syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya
salah?ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di
setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini:
"Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin" . (p/s:
huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah
ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut
dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak
ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu
jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh
mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa
dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti
diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah
standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk
tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan
disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak
diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke
rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita
selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah
lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana
Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang,
contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah
kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk
solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat
ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang
utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2
sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R
ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita
kena pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit
nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit
memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi
haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam
Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah,
kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu
yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak
solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu
dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat
ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada
selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat
lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini
pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak
dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai
menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita
gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2
sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak
dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa?..

Renung-renungkanlah ...

Saturday, September 3, 2011

Kelebihan Puasa Sunat Enam Hari Di Bulan Syawal

Bismillah...

Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Wallahua'lam.

Sunday, April 17, 2011

4 Syarat Hidupkan Hati Dgn Al Qur'an



Bismillahirrahmanirrahim..

Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang.

Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.

Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.

Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.

Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan.

Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.

Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:

"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9



Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:

"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" - Surah Taha, ayat 1-4

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud:

"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." - Surah al-Isra’, ayat 78

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:

"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

Binnabil Huda - UNIQUE