e-padankata

Crossword

Complete the crossword, then click on "Check" to check your answer. If you are stuck, you can click on "Hint" to get a free letter. Click on a number in the grid to see the clue or clues for that number.
1     2          
           
           
  3           
           
4             
           
5         6      
7             
           
      8       
     9        
    10         
           
           
           
           
           

SAHABAT SETIA

TINTA DARI ILAHI

Saturday, February 1, 2014

Palestin : Kisah Seorang Muhammad


Palestin. Masih ingatkah kalian pada jiwa-jiwa dan tangisan mereka?

Mereka yang tak pernah kenal erti lelah dalam perjuangan. Juga tak pernah lekang menuturkan kalimah tauhid 'Lailahaillallah Muhammadun Rasulullah' dalam diri mereka.

Merekalah pejuang Islam yang, begitu kental hatinya dalam meniti perjuangan dalam kehidupan.

Adakah kita mengenali mereka?


Kisah Seorang Muhammad
Kisah benar  yang berlaku di Gaza, Palestin. Seorang anak muda berjiwa besar, bernama Muhammad, yang hidup berteraskan tauhid dalam dirinya.

DUMM! GRRRR.. Bunyi kerikil-kerikil tajam di Gaza cukup membuatkan hati menjadi tak keruan untuk berada di dalamnya.

Tapi tidak bagi anak muda itu. Dia tetap dengan senjatanya. Dia tetap dengan dirinya.
Dan dia rela, untuk mengorbankan seluruh jiwa raganya untuk menentang zionis laknatullah..

Sehinggakan..

BOMM!!
Untuk seketika, Muhammad terjeda. Pedih. Kakinya terasa kebas dan hangat. Darah pekat kian mengalir dari pehanya. Muhammad cuba untuk menahan luka yang dihadapinya. Tapi..aneh. Dia hanya dapat merasai tanah batu keras bersama lendiran yang licin dan menggelikan. Muhamad mengerling sekilas..

Allahu rabbi.
Rupa-rupanya..kakinya telah hancur berkecai akibat dibom. Muhammad telah kehilangan kedua-dua belah kakinya. Dia kudung. Namun...

'Alhamdulillah'. Hanya kalimat itu yang keluar dari bibirnya. Tanpa gentar. Tanpa soal. Dia yakin, bahawa inilah ujian kecil dari Allah untukNya. Dan dia redha.

Bunyi dentuman semakin kuat. Begitu ramai orang di sekelilingnya yang rebah bergelimpangan. Termasuk ibu dan adiknya. Dengan mata kepalanya sendiri, Muhammad telah menyaksikan keluarganya  pula hancur berkecai usus dan daging mereka. Jeritan hiba kedengaran. Sayu. Dia melihat dengan pandangan jernih. Sekali lagi, walau begitu sulit untuk menterjemahkannya, dia memilih untuk terus mengucapkan syukur.

'Alhamdulillah'.

Jihad Itu Mulia
"Wahai Muhammad! Mengapa engkau tergamak mengatakan Alhamdulillah, sedangkan keluargamu saat itu telah mati dek kerana kejamnya zionis laknatullah telah menghancurkan mereka? Tidakkah engkau marah dengan mereka? Demi Allah! Sungguhpun engkau tidak mengatakan kebencian kepada mereka sekalipun, aku tahu bahawa engkau membenci mereka. Tapi, bukankah tidak patut jika engkau mengucapkan Alhamdulillah untuk semua ini?"

Itulah pertanyaan seorang aktivis Malaysia, Pn Salima Habibi kepada Muhammad. Aneh! Terlalu aneh baginya. Bagaimana mungkin Muhammad bisa menuturkan kalimah syukur dengan apa yang telah berlaku kepada dirinya?

Muhammad tersenyum.

" Ya Ukhti! Sesungguhnya aku adalah orang yang beruntung kerana telah dipilih oleh Allah untuk menjadi pejuang. Dan aku amat bersyukur dengan hal ini. Adapun aku menzahirkan kesyukuranku kerana ibu dan adikku mati itu, memang selayaknya aku katakan. Mereka telah SYAHID. Dan janji Allah kepada mereka yang syahid adalah syurgaNya yang penuh nikmat. Maka apakah aku patut untuk tidak mensyukuri kurniaanNya kepada kerabatku ini?"

Gulp. Terdiam. Muhammad kemudian menyambung lagi,

"Tapi ya ukhti. Aku kini yang merasa bimbang. Aku khuatir, apakah aku juga akan tergolong bersama mereka? Alhamdulillah, sekarang, kakiku telah menjadi 'tiket' untukku ke sana kerana telah hancur bersama dalam berjuang. Maka, dari saat ini aku juga harus cuba untuk memanfaatkan segala anggota tubuhku yang lain untuk turut sama berada dalam syurgaNya. Dan tidak akan aku biarkan hidupku tanpa makna! Lillahi taala!"




No comments:

Post a Comment