e-padankata

Crossword

Complete the crossword, then click on "Check" to check your answer. If you are stuck, you can click on "Hint" to get a free letter. Click on a number in the grid to see the clue or clues for that number.
1     2          
           
           
  3           
           
4             
           
5         6      
7             
           
      8       
     9        
    10         
           
           
           
           
           

SAHABAT SETIA

TINTA DARI ILAHI

Wednesday, January 15, 2014

Mutiara Hikmah Yang Tersembunyi

 Bismillah walhamdulillah.

Sekadar perkongsian hari ini. Semoga kita sama -sama peroleh manfaat.

Ini buku Matahari. Kumpulan Cerpen Tarbawi karya Hilal Asyraf. Sudahkah kalian membacanya?




Antara banyak-banyak cerpen, saya suka pada Sang Penyeru. Dan kebetulan dua tahun lepas, saudara Hilal telah mengadakan Pertandingan Testimoni Terbaik untuk buku-buku beliau. Dan Alhamdulillah, saya berpeluang menyertainya.

Pertandingannya mudah. Cuma tuliskan sahaja testimoni berkenaan salah satu cerpen yang diminati, serta berikan tiga pengajaran daripadanya.

Maka saya telah memilih cerpen 'Sang Penyeru' sebagai pilihan.

Cerpen Sang Penyeru merupakan sebuah cerpen dimana para da'ie pasti akan tersentap apabila membacanya, dan cerpen ini adalah antara cerpen yang paling saya minati.

Pengajaran pertama, dapat dilihat bagaimana seorang tua yang begitu gigih tanpa jemu, terus menyebarkan sinar Islam dari terus sirna ditelan zaman.
Begitulah kita, sebagai da'ie seharusnya berusaha GIGIH dan tiada putus asa dalam menyebarkan dakwah, kerana justeru kita sebenarnya tidaklah sehebat atuk (dalam cerpen) apatah lagi Rasulullah S.A.W.,kerana "sesungguhnya Islam bermula dalam keadaan terasing, maka ia akan kembali asing seperti sebelumnya, maka berbahagialah bagi orang yang terasing." -HR Muslim

Kedua, sememangnya jalan dakwah cukup sukar, sebagaimana kopi yang tidak akan lengkap rasanya tanpa gula, begitulah senario kehidupan seorang da'ie yang tidak akan lengkap tanpa mehnah dan cabaran, justeru MUJAHADAH itu penting dalam menjadi seorang da'ie,kerana tidak tergolong dalam kalangan orang beriman selagi belum diuji.

Ketiga, justeru dakwah ini ibarat kita menembak secara rambang, memang tidak akan kena semuanya namun pasti, ada yang akan terkesan dengannya. Tugas kita sebagai da'ie adalah menyeru, dan ALLAH JUALAH YANG MEMBERI NATIJAHNYA,Insyaallah.

Semoga Allah redha dengan usaha kita.
Bukan untuk kemuliaan dan sanjungan manusia
tetapi kemuliaan Allah di Akhirat nanti.
InsyaAllah kita bersama,dan Allah akan bersama kita..



Maklumat lanjut berkenaan pertandingan tersebut, klik sini ;

                                          Pertandingan Testimoni Terbaik Hilal Asyraf

Alhamdulillah 'ala kulli haal. Saya kemudiannya telah terpilih untuk menjadi pemenang testimoni tersebut.

Ringkas untuk dijadikan cerita, saudara Hilal meminta saya untuk PM nama, alamat, no. telefon serta alamat emel bagi proses penghantaran pada 20 Disember 2012, dua tahun lalu. Itu yang dijanjikan. Hadiahnya adalah berupa buku karangan Hilal Asyraf yang bertajuk "Simfoni Cinta".

Dan saya amat gembira dengan penghargaan ini.

Namun takdir Allah, penghantaran masih belum sampai seperti yang dijanjikan. Sehinggalah pada 14 Disember lalu, saya telah berpeluang untuk berjumpa dengan beliau di Kolej Serumpun, Dewan Putra 2 di UPM untuk mengikuti ceramah beliau.

Dan waktu itu, saya dapat menuntut hadiah itu kembali :)
Alhamdulillah.

Kesimpulannya dalam cerita saya di atas, sebenarnya kadang-kadang, bukan semua yang kita mahu dalam hidup, kita boleh dapat dengan sekelip mata.

Semuanya memerlukan proses, dan pastinya masa yang panjang untuk mendapatkan sesuatu.

Tinggal sahaja kita, sama ada ingin BERUSAHA untuk mendapatkannya, atau tidak.

Contoh mudah, adalah apa yang telah berlaku pada diri saya sendiri.

Kebetulan waktu itu, saya memang ada di rumah bapa saudara saya di Bangi. Jadi bila saya dapat tahu bahawa beliau akan datang ke UPM, saya kemudiannya terus mengajak bapa saudara saya untuk pergi ke sana.

Alhamdulillah, usaha saya tak sia-sia. Dan, saya telah berjaya mendapatkannya :)


    [ Asalnya saya diberi pilihan antara dua buku ini, dan saya memilih Simfoni Cinta :) ]

MORAL OF THE STORY: Setiap perkara yang berlaku itu, pasti ada hikmah di sebaliknya :')


p/s: Bagi yang masih belum membelinya, dapatkannya di stokis buku yang terpilih berdekatan rumah anda !
   
Rugi jika tak dapat membacanya. Banyak mutiara hikmah yang kita boleh raih dari hasil nukilan beliau ;)

SEMOGA ALLAH REDHA.

No comments:

Post a Comment