e-padankata

Crossword

Complete the crossword, then click on "Check" to check your answer. If you are stuck, you can click on "Hint" to get a free letter. Click on a number in the grid to see the clue or clues for that number.
1     2          
           
           
  3           
           
4             
           
5         6      
7             
           
      8       
     9        
    10         
           
           
           
           
           

SAHABAT SETIA

TINTA DARI ILAHI

Saturday, January 9, 2016

Tinta Syukur

Bismillah.

Hamdalah. Segala puji, syukur, nikmat tak terhitung.

Setiap segi, di setiap dimensi, ALLAH tetap datangkan rahmat dengan jagaanNya.

.

.

Maaf seribu kali maaf, blog ini telah ditunda setahun lamanya tidak di update, kerana tiada entri yang berjaya disiapkan.

Sebenarnya, banyak entri hanya tersimpan di 'draft' blog, tidak di post. Dan semuanya punya cerita berbeza tetapi 'sengaja' dan tidak sengaja untuk dihabiskan penulisannya....

.

Moga Allah ampuni dosa-dosa.


Justeru saya mohon dan mohon, beribu mohon, untuk kalian yang masih setia berziarah di blog ini mendoakan penulis untuk terus istiqamah dan memperbaiki penulisannya.

Sekali lagi, saya mohon. dengan penuh kerendahan.



Allahu yubaarik feekum. :)



Saturday, September 6, 2014

Demi Sebuah Perjuangan..

Dedikasi khusus buat diri, sebagai  peringatan sebelum meneruskan perjuangan ke bumi anbiya'..

Pesanan dari ayahanda yg amat dicintai;



BANGUNKAN CINTA
DEMI SEBUAH PERJUANGAN

Aku bukan ulama...
Yang dapat membawa ke lautan perbahasan ilmu

Aku bukan mursyid...
Yang dapat membawa menyelam
ke lautan rahsia makrifat yang dalam

Aku hanya sang faqir cinta...
Mahu bicara pada ummah dengan satu kalimah
"hidupkan cinta, kerana dalam jiwamu ada cinta..."

Cinta adalah hadiah dari Allah
Untuk dinikmati semua insan
Maka bangunkan cinta yang sejati
Yang terpendam dalam jiwa
Yang wujud saat penciptaanmu
Dan tetap terus cinta itu ada pada dirimu
Mewajahkan diri dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan

Pandanglah dengan cahaya, nescaya jiwamu
akan melihat cintanya yang meliputi

Dengan cinta itu,
engkau sebarkan pada kehidupan di sekelilingmu

Demi sebuah cinta
Hulurkan tangan untuk persaudaraan
Agar terbinanya kekeluargaan
Demi menjaga Iman, Islam dan Ihsan
Agar terpelihara diri
Dari keracunan kesyirikan dan kebutaan

Demi sebuah cinta
Mari kita melangkah menuju amal
Melalui pintu warisan ulama yang haq
Sanad waris ilmunya bersambung dengan Nabi SAW
Mereka adalah para Imam
yang diakui alim dalam bidang mereka
Tanpa pintu kebenaran ilmu
Islam yang engkau minum sekarang
Bukan dari pancaran mata air Rasulullah SAW
Maka engkau tidak akan mencapai hakikat
Merasai kenikmatan al-Kautsar Rasulullah SAW

Demi sebuah cinta
Mari kita bahagiakan diri kita dan mereka yang di sekeliling kita
Dengan menjernihkan jiwa
Menyucikan zahir dengan syariat Rasulullah SAW
Menyucikan tauhid...
dengan akhlak tauhid Rasulullah SAW
Menyucikan ruh...
dengan mengikuti muraqabah Rasulullah SAW
Jiwa malaikat dan rabbaniah akan melahirkan...
kehidupan yang bahagia
Jiwa syaitani dan haiwani akan menjadikan kehidupan dalam kesempitan dan keresahan...


Demi sebuah cinta
Hiduplah dengan mencari kedamaian
Sederhanalah peganganmu
dan hormatilah apa jua perbezaan
Jauhilah mengkritik selagi ada jalan membenarkannya
Hidupkan cintamu pada semua ulama, para syaikh, para da'ie, para jemaah, para pemimpin yang haq
Cinta membawa kita bersama
dengan mereka yang kita cintai...

Demi sebuah cinta
Mari perbetulkan kompas kehidupan
Agar pelayaran menuju ke pulau yang benar
Keindahan akhirat sebagai kerinduan dan perhentian
Kebahagiaan dunia tetap digenggam

Demi sebuah cinta
Hargailah pemberian cahaya cinta Rasulullah SAW
Sesungguhnya...
Pemandangan, pendengar,pemikiran dan perasaanmu
Amat terbatas untuk menyelami
rahsia di sebalik kehidupan

Al-Quran adalah cahaya yang ditinggalkan
Agar engkau melihat,mendengar, berfikir dan merasa
Dengan tadabbur dan tafakur fil Quran
Maka engkau akan selamat
dari bayangan yang menipu

Demi sebuah cinta
Kita daulatkan agama di tempat yang tertinggi
Kita pertahankan dari segala
ancaman yang meruntuhkan
Kita hargailah airmata dan darah Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat r.a.
Membangunkan agama pada seluruh alam
Demi membawa manusia kepada kebahagiaan hidup dunia dan akhirat...


Duhai saudaraku
Inilah jalanku,
inilah seruan dakwahku
Ku cintai keamanan dan keharmonian
Bertema pada obor kalimah
"hidupkan cinta, kerana dalam jiwamu ada cinta"

Hulurkan tanganmu untuk bersama
Di atas satu rasa dan satu impian
Walau di mana engkau berada
Demi sebuah perjuangan..




Sunday, July 13, 2014

Memahami Makna Bacaan Solat



Bismillah.

Solat.
Sejak kecil lagi, ramai di kalangan kita telah melakukannya.
Tapi..
Kita faham tak sebenarnya bacaan solat kita?
Apa yang kita berjaya raih dalam solat, andai kita tidak dapat memahami maknanya?

Betul tak?^^

Maka mulai saat ini, saya ingin mengajak kalian untuk sama-sama perbaiki kualiti solat kita..

Dengan memahami maknanya.

Benda nampak macam kecil..walhal sebenarnya perkara inilah yang sepatutnya dititiberatkan.

Video berikut mudah-mudahan dapat membantu dalam mempelajari makna bacaan solat secara mudah dan ringkas.



Hayya 'alal falah. ;)

Saturday, July 12, 2014

Monolog Diri


Bismillah.

Ya Rabb, susahnya ku ingin jaga hati ini.
Saban hari, aku makin lelah memikirkan..
salahkah aku?

Atau sebenarnya memang salah hatiku ini?
Yang kian jauh dari Ilahi..?



Allah Allah.
Atmaku makin membentak dan kuat mengatakan... bahawa segalanya nyata..adalah salahku sendiri.

Ya. Diri sendiri.

Salahkan dirimu, kerana tergamak membiarkan ruhmu mati tanpa makanan rohaninya.

Salahkan dirimu, kerana tergamak mengatakan bahawa kamu mencintaiNya...
namun hakikatnya kamu masih tetap mengharap pada makhlukNya?

Bohong! Dusta! Ini tipu semata T.T

Ya.

Salahkan dirimu lagi kerna belum betul-betul percaya pada janjiNya..

Keraguan itu, menunjukkan bahwa kamu belum benar-benar faham dengan apa yang dipegang selama ini.

Kamu belum benar-benar yakin wahai diri, bahwa segala ketentuan itu, pasti, akan ada hikmah di sebaliknya.

Dan, di setiap perjuangan juga mujahadah yang dilakukan demi Islam, pasti, akan ada kemanisan di akhirnya..


Belum. Kamu nyata belum benar-benar bersedia.
Untuk menghadapi perjuangan yang lebih besar hendaknya.

Titik.

*****************************************

Maka sedarlah wahai diri,
Hidup ini umpama ladang.. yang perlu ditanam dan disemai..

Agar kelak kita dapat menikmati hasil tuaian dan manfaat dari ladang itu...

Maka wahai diri,

Begitulah juga dirimu..hidup ini adalah perjuangan.. dan sesungguhnya, perjuangan itu memerlukan ketabahan..dan pengorbanan..yang pastinya bukan sedikit..kerna imbalannya (yakni syurga) itu sangat besar nikmatnya sehingga tidakkan dapat kamu  persoalkan betapa nikmatnya...



Subhanallah...wal hamdulillah.. wa lailahaillallah.. wallahu akbar.

Persiapkanlah dirimu. Tanpa jemu. Demi Tuhan Yang Satu.

Kelak insyaAllah, segala kepayahan, dan ujian, akan dirasakan bahwa itu adalah satu kemanisan..



"Wahai Tuhan Yang Maha Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agamaMu, jua ketaatan kepadaMu, serta mujahadah di jalanMu ya Allah.."

Allah. Allah. Allahu rabbi.

Aamiin, Ya Rabbal 'Alamiin.

****************************************

Al Baqarah:216

Moga dipermudahkan segala urusan.






Tuesday, March 18, 2014

Tentang Hati

Bagaimana kita mendidik hati kita..
Adakah dengan untaian kata-kata buruk yang selalu diperdengarkan..
sehingga sebati dan meresap hingga ke ubun-ubun hati dan fikiran kita dengan segala kata hinaan ..?

Bagaimana kita mendidik hati kita..
Adakah dengan selalu mengungkapkan zikir dan mengaktifkan minda dengan fikir..
Atau hanya seringkali memberikan halwa telinga kita yang faqir dengan lagu-lagu yang melalaikan baik batin mahupun zahir..?

Dan, sama ada kita ini sedar ataupun tidak..
Allah mengetahui apa yang ada di dalam setiap jiwa hambanya..
Sekalipun dia tidak pernah mengungkapkan kepada sesiapapun jua..

Kerana..
Dia Maha Melihat.
Dia Maha Mengetahui..
Setiap apa yang tersembunyi..
Meskipun hanya tersimpan kemas di dalam sanubari.

Oleh itu sahabat..

Jagalah hatimu..
Kerana di situlah jatuhnya pandangan Allah.

Walau apapun alasannya..
Apa yang pasti,
KITA adalah penentu, bagaimana kita mendidik hati kita.

Hindari maksiat, istiqamahlah dengan amalan sunat, insyaAllah hidup akan senantiasa berkat.

Moga Allah pelihara hati ini..

"..Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang "
                                                                                          [ Ar-Ra'd :28 ]



Sunday, March 2, 2014

SPM TARGET : 12A+ INSYAALLAH!



"Always aim for the sky, 
For if you fail,
                      At least,
           you will reach the cloud."

Maan najah, insyaAllah. :)
Moga kejayaan milik kita bersama.

Thursday, February 27, 2014

Rintihan Kalbu

Ya Allah
kuatkan aku,
untuk bernafas sebagai hambaMu.

Ya Allah,
bantulah aku,
untuk merasai damai dalam jiwaku,
tatkala aku,
berzikir mengingatiMu.

Ya Allah,
di saat aku,
merasa hiba, alpa dan leka,

Aku tahu,
hanya engkau yang mampu mengubatiku.

Di saat aku merasa khuatir dengan takdirMu,
entah mengapa,
perasaan itu akan menghilang,
tatkala aku tersungkur sujud di hadapanMu.
sewaktu ku menangis menahan sendu.
merintih hiba di hadapan Rabbku..

Aku seolah,
dapat merasakan ketenangan,
yang semilir, mendamaikan kalbuku.

Di kala jiwaku meronta,
namun hatiku tetap merasa bahagia.

Bila Kau, hadir di jiwa.

Ya Rabb,
Perasaan ini,
kedamaian ini,
janganlah Engkau tega,
untuk membiarkan diriku,
tanpa peganganMu.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi..
Mogaku terus tabah mengharungi segala mehnah yang Engkau beri.

Pengemis cinta Ilahi.

bintufadz
Shah Alam
270214