SAHABAT SETIA

TINTA DARI ILAHI

Monday, February 8, 2016

Hukum Mempercayai Karma

Istilah karma berasal dari ajaran agama Budhha dan Hindu, yang membawa maksud bahawa segala perbuatan yang dilakukan akan memiliki akibat kepada pelaku di masa akan datang.
Dalam kitab Abhidamma dikatakan, bahawa setiap impresi rasa,seluruh perilaku manusia, dapat dianggap sebagai akibat dari karma. Contoh mudah; apabila seseorang terlahir sebagai orang miskin, maka itu terjadi akibat dari perilaku orang tersebut pada kehidupan sebelumnya. Dan perkara ini akan berlaku semula di masa akan datang. . . Sedangkan Islam, secara jelas, bahawa kita meyakini adanya Qadha' dan Qadar Allah. Takdir yang seiring,mengikut kehendak dan ketentuanNya. Sebagaimana firman Allah: إنا كل شيء خلقناه بقدر "Sesungguhnya segala sesuatu yang Kami ciptakan dengan takdir" (Al-Qamar:49) . .
Dan ajaran Buddha tidak mengajarkan ' takdir ' dalam agama mereka. Maka secara jelaslah bahawa hukum karma sama sekali tidak terkait dengan takdir Allah S.W.T. Justeru, tiada istilah karma bagi ajaran Islam kerana ianya adalah dalam ideologi agama Hindu. Adapun kita sebagai umat Islam, secara jelas kita meyakini dan mengimani bahawa tiada perkara yang berlaku tanpa qada' dan qadarnya. Tanpa susunan dan percaturanNya. Semoga kita sebagai umat Islam berjaya mencapai saleemul aqidah (aqidah yang sejahtera) dan tidak menyimpang dari ajaran dan syariatNya, insyaAllah. Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment