Dedikasi khusus buat diri, sebagai peringatan sebelum meneruskan perjuangan ke bumi anbiya'..
Pesanan dari ayahanda yg amat dicintai;
BANGUNKAN CINTA
DEMI SEBUAH PERJUANGAN
Aku bukan ulama...
Yang dapat membawa ke lautan perbahasan ilmu
Aku bukan mursyid...
Yang dapat membawa menyelam
ke lautan rahsia makrifat yang dalam
Aku hanya sang faqir cinta...
Mahu bicara pada ummah dengan satu kalimah
"hidupkan cinta, kerana dalam jiwamu ada cinta..."
Cinta adalah hadiah dari Allah
Untuk dinikmati semua insan
Maka bangunkan cinta yang sejati
Yang terpendam dalam jiwa
Yang wujud saat penciptaanmu
Dan tetap terus cinta itu ada pada dirimu
Mewajahkan diri dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan
Pandanglah dengan cahaya, nescaya jiwamu
akan melihat cintanya yang meliputi
Dengan cinta itu,
engkau sebarkan pada kehidupan di sekelilingmu
Demi sebuah cinta
Hulurkan tangan untuk persaudaraan
Agar terbinanya kekeluargaan
Demi menjaga Iman, Islam dan Ihsan
Agar terpelihara diri
Dari keracunan kesyirikan dan kebutaan
Demi sebuah cinta
Mari kita melangkah menuju amal
Melalui pintu warisan ulama yang haq
Sanad waris ilmunya bersambung dengan Nabi SAW
Mereka adalah para Imam
yang diakui alim dalam bidang mereka
Tanpa pintu kebenaran ilmu
Islam yang engkau minum sekarang
Bukan dari pancaran mata air Rasulullah SAW
Maka engkau tidak akan mencapai hakikat
Merasai kenikmatan al-Kautsar Rasulullah SAW
Demi sebuah cinta
Mari kita bahagiakan diri kita dan mereka yang di sekeliling kita
Dengan menjernihkan jiwa
Menyucikan zahir dengan syariat Rasulullah SAW
Menyucikan tauhid...
dengan akhlak tauhid Rasulullah SAW
Menyucikan ruh...
dengan mengikuti muraqabah Rasulullah SAW
Jiwa malaikat dan rabbaniah akan melahirkan...
kehidupan yang bahagia
Jiwa syaitani dan haiwani akan menjadikan kehidupan dalam kesempitan dan keresahan...
Demi sebuah cinta
Hiduplah dengan mencari kedamaian
Sederhanalah peganganmu
dan hormatilah apa jua perbezaan
Jauhilah mengkritik selagi ada jalan membenarkannya
Hidupkan cintamu pada semua ulama, para syaikh, para da'ie, para jemaah, para pemimpin yang haq
Cinta membawa kita bersama
dengan mereka yang kita cintai...
Demi sebuah cinta
Mari perbetulkan kompas kehidupan
Agar pelayaran menuju ke pulau yang benar
Keindahan akhirat sebagai kerinduan dan perhentian
Kebahagiaan dunia tetap digenggam
Demi sebuah cinta
Hargailah pemberian cahaya cinta Rasulullah SAW
Sesungguhnya...
Pemandangan, pendengar,pemikiran dan perasaanmu
Amat terbatas untuk menyelami
rahsia di sebalik kehidupan
Al-Quran adalah cahaya yang ditinggalkan
Agar engkau melihat,mendengar, berfikir dan merasa
Dengan tadabbur dan tafakur fil Quran
Maka engkau akan selamat
dari bayangan yang menipu
Demi sebuah cinta
Kita daulatkan agama di tempat yang tertinggi
Kita pertahankan dari segala
ancaman yang meruntuhkan
Kita hargailah airmata dan darah Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat r.a.
Membangunkan agama pada seluruh alam
Demi membawa manusia kepada kebahagiaan hidup dunia dan akhirat...
Duhai saudaraku
Inilah jalanku,
inilah seruan dakwahku
Ku cintai keamanan dan keharmonian
Bertema pada obor kalimah
"hidupkan cinta, kerana dalam jiwamu ada cinta"
Hulurkan tanganmu untuk bersama
Di atas satu rasa dan satu impian
Walau di mana engkau berada
Demi sebuah perjuangan..
Allah Allah . Semoga selamat sampai ye ukhti :)
ReplyDelete